Assalammualaikum......
Malam ini, tiba-tiba Allah gerakkan tangan untuk menulis entri ini....sebenarnya entri ini sudah lama ingin Aza tulis kerana rasa gembira dan terharu yang Aza ingin kongsikan dengan anda semua tentang sebuah peristiwa..tapi selalu bertangguh-tangguh kerana tak pasti apa yang bisa dicoretkan kerana terlalu indah buat Aza si insan doif....
Ceritanya begini, Aza punyai seorang sahabat yang Aza dah kenali dia sejak bertahun-tahun...Dia sangat istimewa di hati Aza..Dalam setiap saat dan ketika, ingatan tentangnya tidak akan pernah terlupus.. Segala rahsia dan perihal mengenai dirinya ada dalam poket Aza..Sahabatkan, tambahan pula sudah Aza kenal selama bertahun-tahun.... Dia seorang yang baik, puasa,zakat,semua perintah Allah dia tidak ingkar kecuali satu, sahabat Aza ini liat nak menunaikan solat...boleh dikategorikan sebagai golongan Fasiq jugalah sahabat Aza ini..
Sebagai sahabat dan atas nama ukhuwah yang terjalin Aza, sering mengingatkan sahabat ini agar tunaikan solat,tidak cukup dengan surat, sms dan pujukan setiap kali kami bertemu..dalam setiap doa Aza tak jemu mendoakan si dia agar menunaikan solat...setiap kali Aza terpandang keadaan Imam dan jemaah dalam solat,Aza akan teringat pada sahabat ini,betapa Aza berharap agar dia juga akan menjadi seperti mereka...
Aza sering menggunakan kejayaan yang dikecapi kurniaan Allah s.w.t sebagai umpan kepadanya agar menunaikan solat untuk mengucapkan syukur atas rezeki yang Allah kurniakan..Si dia cuma diam dan tersenyum..bertahun-tahun Aza mendoakan si sahabat agar Allah membuka pintu hatinya untuk menunaikan solat...kadangkala,seperti manusia lain Aza pernah berasa putus asa terhadap si sahabat..Aza adukan pada keluarga,minta pandangan..Mereka sentiasa mendukung dan menyokong Aza..kata mereka, "jangan putus asa,pujuk baik-baik,kak long doakan agar Allah bukakan pintu hati dia"....
Baru-baru ini, Aza berbicara dengannya tentang solat..Aza ceritakan keajaiban solat..Aza nyatakan bahawa solat itu mudah dan sekejap sahaja...si dia mengganguk kerana dia tahu mengenai perihal itu...Aza ceritakan keajaiban solat dhuha dalam membantu Aza menjadi seorang pelajar cemerlang di maktab..Allah murahkan rezeki, Aza cuba tarik perhatian si dia..Aza katakan" solatlah...mana tahu Allah murahkan lagi rezeki kamu, permudahkan semua urusan kamu".....perbincangan itu berakhir dengan senyuman dan anggukan dari si dia..
Aza pergi ke Kedah..Balik dari sana, satu berita gembira Aza terima, si dia dah solat!....Alhamdullilah,hanya Allah mengetahui betapa gembiranya Aza menerima berita itu..rasa ingin menangis dan sebak apabila dikhabarkan berita tersebut..Aza rasa terharu sangat-sangat kerana doa Aza yang bertahun-tahun Allah dengar jua... bila rasa ingin putus asa, Allah hadirkan semangat dan kekuatan dalam diri....
Kenapa Aza tak putus asa? Jawapannya begini kerana, rasa cinta dan sayang pada si dia dan menginginkan dia menjadi hamba Allah terbaik,tidak mahu saat si dia pergi menghadap illahi dalam keadaan tidakbertaubat dan fasiq....Aza belajar sesuatu,jangan putus asa terhadap Allah kerana lambat atau cepat apabila kita berdoa, Allah pasti kabulkannya, cuma kita tidak tahu bila....macam Aza bertahun-tahun lamanya memujuk si sahabat...
Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah dan berhenti berdoa kerana Allah berfirman
: "Mintalah doa daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60)..Allah pasti akan menerima doa kita tapi kita tidak akan tahu bila..*saja ulang ayat kat atas,utk saling peringatkan...Aza berharap agar perubahan yang berlaku ke atas diri sahabat Aza ini akan kekal selama-lamanya..semoga Allah memberkati Aza dan ini menjadi salah satu pelaburan saham akhirat buat diri Aza yang doif ini....jika anda juga menghadapi situasi seperti Aza teruskan berusaha jangan putus asa! kerana"Berdakwah Itu Tidak Mudah"...tapi tidak juga susah andai kita menginginkannya...wallahualam... :)
|
"Sahabatku,semoga kita terhindar daripada seksaan api neraka dan bersama-sama bertemu di syurga, akhirat kelak" |